Hilangkan Masalah Jeragat Degil Dengan Toner Air Mawar RM5 Ini. Mudah, Hanya DIY Sahaja!


Jika anda salah seorang daripada mereka yang menghadapi masalah jeragat, pasti anda tahu betapa sukarnya untuk berdepan dengan perkara tersebut

Selain jerawat, masalah jeragat juga merupakan satu kecelaan kulit yang sering dihadapi perempuan dan juga lelaki dewasa. 
Image from Google
Image via Google
Jeragat terbentuk dari pengumpulan minyak, sel kulit mati dan bakteria di liang pori menyebabkan berlakunya lekukan kecil pada wajah. Jeragat kebiasaanya kelihatan di bahagian dahi, hidung, pipi dan dagu.

Jika dibiarkan sahaja, wajah seseorang itu akan kelihatan lebih berusia daripada umur sebenar.
Image from Google
Image via Google
Untuk menghilangkan jeragat akan memerlukan penjagaan kulit yang rapi. Hal ini menyebabkan orang ramai kadang kala terpaksa mengeluarkan wang yang banyak bagi membeli produk penjagaan muka yang berkualiti dan bersesuaian dengan kulit bagi menghilangkan masalah jeragat pada wajah.

Walau bagaimanapun, seorang gadis telah berkongsikan tips mudah dan murah bagi menyelesaikan masalah tersebut. Caranya ialah dengan menggunakan toner air mawar, hasil ciptaannya sendiri.

Nur Arimi Suhada Bakar telah menyediakan cara-cara DIY toner air mawar yang berharga RM5 ini

Akhirnya sis berkesempatan buat video. Air Mawar ini banyak manfaatnya. 

Kalau hampa rajin, hampa boleh buat menggunakan bunga mawar segar. Tapi cara penyediaannya agak lama. Kena tunggu beberapa jam untuk sejuk segar. 

Di sini sis share dekat hampa cara penyediaan menggunakan air mawar sedia ada.'

Hampa kena baca elok-elok, air mawar ini takde bahan pengawet jadi paling lama tahan seminggu sahaja. Selepas seminggu hampa refill lain tau. Senang je. Kalau sis tak sampai seminggu, sebab setiap masa sis guna.

Toner air mawar ni tak boleh dijemur di tengah panas, bagi mengelakkan baunya menjadi masam. Bahan organik tanpa pengawet mudah rosak tau jadi hampa boleh simpan suhu bilik.

Cara penyediaan:

  • Suku cawan air Mineral
  • 3 sudu air mawar
  • Botol spray
Masukkan suku cawan air mineral dalam botol spray dan masukkan 3 sudu air mawar. Bolehlah spray terus ke muka.

Manfaat toner air mawar
  • Mengecutkan jerawat
  • Menaikkan seri muka
  • Merawat wajah sunburn
  • Mengecilkan pori muka
  • Merawat wajah dari dalam
  • Boleh digunakan sebagai setting spray (makeup).
  • Sesuai juga digunakan dirambut (bagi yang berhijab).
  • Ketika mengantuk/di pejabat bolehlah spray-kan wajah dengan toner air mawar ini.

Post a Comment

0 Comments