Kontroversi yang melanda bekas ahli Inteam iaitu Suhaimi Saad tak dinafikan sedikit sebanyak mengaitkan nama kumpulan nasyid popular tersebut memandangkan ramai masih tidak tahu status sebenar suami kepada Ina Naim itu.
Enggan peminat mereka terus dibelenggu kekeliruan, Mohd. Syahril Abdul Khalid atau Syah menegaskan, Suhaimi sudah tidak ada kena mengena dengan Inteam memandangkan lelaki itu telah mengundurkan diri sejak 2005.
“Bahkan, dalam setiap artikel yang diterbitkan oleh pihak media mahupun blog, sudah tertera perkataan bekas ahli, namun pembaca tetap mengaitkannya dengan Inteam.
Tambahnya lagi,
“Bagaimanapun, kami tidak punya kuasa untuk mengekang salah faham itu terus berlaku,” jelasnya.
Bakal menjayakan Konsert Amal 4Nomena pada 20 April ini di dewan utama Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Syah turut ditanya mengenai penglibatan Suhaimi dalam persembahan kumpulan itu kelak.
Suhaimi Saad adalah bekas anggota kumpulan Inteam.
Menjawab persoalan yang diajukan, Syah dan tiga lagi ahli kumpulannya terbuka untuk menerima kehadiran Suhaimi bagi sama-sama menjayakan konsert tersebut.
“Insya-Allah, selagi iman masih ada, kami akan sama-sama menghiburkan penonton yang hadir, termasuk Suhaimi.
“Ini kerana, sewaktu dia menganjurkan sebuah acara di Kelantan pada tahun lalu, Suhaimi ada mengundang kami.
“Hubungan kami adalah pada tahap profesional demi kerjaya masing-masing,” ulas Syah menetapkan pendirian Inteam.
Selain Syah, kumpulan terbabit turut dianggotai oleh Muhammad Hazamin Harun (Amin), Hisyam Ahmad (Hisyam) dan Abdul Rahim Osman (Rahim).
Respon Suhaimi Digugurkan daripada Konsert 4nomena
KENYATAAN RASMI :
KONSERT 4NOMENA 20 April,UIAM Gombak.
KONSERT 4NOMENA 20 April,UIAM Gombak.
SUKACITA dimaklumkan
Disebabkan kontroversi kontrooversi yang melanda ss kebelakangan ini,
Pihak penganjur dan penaja konsert 4nomena telah pun menggugurkan ss daripada senarai nama artis yang akan membuat persembahan dalam konsert tersebut pada malam 20 April depan.
Pihak penganjur dan penaja konsert 4nomena telah pun menggugurkan ss daripada senarai nama artis yang akan membuat persembahan dalam konsert tersebut pada malam 20 April depan.
Alhamdu lillah
ss percaya ada hikmahnya dan ss percaya bahawa Allah akan menggantikannya dengan sesuatu yang lebih baik.
In sya Allah.
In sya Allah.
Semoga konsert tersebut akan berlangsung dengan meriah dan jayanya walau tanpa kehadiran ss.
Rezeki setiap kita telah pun Allah tentukan.
Sabar dan redha adalah kemenangan sebenar.
HasbiyAllah
Sabar dan redha adalah kemenangan sebenar.
HasbiyAllah
La ilaha illAllah.
Sumber: Facebook Mosus & Utusan Online
0 Comments