Empat Foto Menyeramkan Yang Dirakam Oleh Google Street View

Google Street View merupakan salah satu ciri Google Map yang memaparkan gambar sebenar tempat di dalam peta. 
Selain dari merakam imej jalan raya dan pemandangan yang didapati sepanjang jalan-jalan, Google Street View juga telah merakam beberapa imej pelik yang menyeramkan.
Tengok ni.
1 – Manusia berkepala kuda.
Gambar ini diambil di daerah Hardgate, di Aberdeen, Skotlandia. Rata-rata mempersoalkan keaslian gambar tersebut. 
Akhirnya misteri disebalik manusia berkepala kuda itu terjawab, mereka dapati individu berkenaan dikatakan menyarungkan topeng kuda yang dijual di kedai-kedai pakaian.
2 – Lembaga hitam yang menyeramkan.
Gambar yang ditangkap oleh Google Street di sebuah blok apartmen di Nancy, Prancis ini nampak menyeramkan. Bahkan pihak Google sendiri ingin menghapus gambar tersebut dari database kerana gambar tersebut membuat banyak anak-anak kecil ketakutan.
Tapi sebenarnya lembaga itu bukanlah hantu. Itu sebenarnya patung Tika. Patung itu memang nampak menyeramkan dan apartmen itu sendiri juga kelihatan menakutkan. Difahamkan, Patung Tiki digunakan untuk menandakan sempadan suci.
3. Ada orang mati tengah jalan?
Nampak macam orang mati tengah jalan kan? Tapi sebenarnya bukan. Yang terbaring di tepi jalan raya itu merupakan seorang kanak-kanak berusia 9 tahun yang dilaporkan terjatuh ketika dia sedang bermain dengan temannya.
Secara kebetulan, Google Street View lalu dan merakam insiden tersebut.
4. Mayat bergelimpangan?
Sekilas pandang nampak macam mayat-mayat yang dibiarkan bergelimpangan, tetapi jika dilihat lebih dekat ternyata itu merupakan mannequin yang telah dibuang. 
Kalau tak tahu kisah sebenar disebalik gambar-gambar ni, memang selamanya lah rasa takut kot. 

Post a Comment

0 Comments