Amerika Syarikat kini mengalami musim sejuk yang melampau sejak 50 tahun lali dengan kejatuhan suhu di bawah -45F, mengalahkan rekod sebelum ini pada tahun 1966 dengan -36F di Midwest Atas.


Fenomena sejuk ini digelar ‘vorteks kutub’ yang berpunca daripada pusingan udara kutub yang mengelilingi Kutub Utara.


Berbeza pula di Australia apabila negara itu merekodkan bacaan suhu paling panas buat pertama kali iaitu 40 darjah celcius. Menurut Biro Meteorologi, suhu panas melampau itu tidak pernah berlaku di negara itu sebelum ini, hingga menyebabkan kebakaran hutan.

“Lima hari dalam bulan Januari antara 10 rekod paling panas dengan suhu harian cecah sehingga 40 darjah celcius”, ujar Biro Meteorologi yang juga menganggap ia adalah gelombang haba terburuk.

Suhu panas melampau di Australia ini juga menyebabkan ramai individu dimasukkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan akibat daripada kesan pemanasan, malah juga menyebabkan banyak haiwan dan hidupan liar yang mati.

Sumber: BBC // Sinar Harian
0 Comments