4 Sekeluarga Maut

SUAMI isteri bersama dua anaknya maut dalam kemalangan selepas kereta yang dipandu bertembung dengan lori dalam kejadian di Kilometer 55 Jalan Kluang - Kota Tinggi, Kota Tinggi, tengah malam tadi.

Mangsa, Mohd Firdaus Januri, 34, dan isterinya Norlia Osman, 33, bersama dua anak mereka iaitu Muhammad Adli Mohd Firdaus, 6, dan Nur Dalili Mohd Firdaus, 4, maut di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Ahsmon Bajah berkata, dalam kejadian 10.51 malam tadi, kemalangan maut berkenaan membabitkan dua kereta dengan sebuah lori.

Katanya, dalam kejadian terbabit, empat beranak yang menaiki kereta jenis Honda Civic mati di tempat kejadian, manakala pemandu sebuah lagi kereta jenis Proton Saga hanya mengalami luka sahaja.

“Siasatan awal punca kejadian dipercayai disebabkan oleh pemandu lori yang dikatakan gagal mengawal kenderaan seterusnya memasuki laluan bertentangan.
“Ia menyebabkan pertembungan secara berhadapan,” katanya ketika dihubungi di Kota Tinggi, hari ini.

Ahsmon berkata, kesemua mangsa dihantar ke Hospital Kota Tinggi untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksysen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Katanya, pemandu lori berusia 30-an berkenaan akan direman untuk saringan air kencing dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Post a Comment

0 Comments