[VIDEO] Tahniah! SHIRO Juara Maharaja Lawak Mega 2018 !! Senarai Penuh Pemenang


Sungguh hebat persembahan pada malam ini malah kumpulan masing-masing sangat kreatif dengan idea yang mantap sehingga membuatkan ramai yang tercuit hati.
Antara kumpulan yang berjaya ke final adalah Taman, Puteh, Zero, Shiro dan Bocey. Malam ini merupakan malam terakhir bagi rancangan Maharaja Lawak Mega 2018 dan kumpulan Shiro bergelar juara pada kali ini.
Manakala bagi kumpulan Bocey di tempat kedua dan Zero pula memenangi tempat ketiga, tempat keempat ialah kumpulan Puteh dan tempat kelima, kumpulan Taman.

Tahniah diucapkan buat kumpulan Shiro

Pengacara bagi rancangan terkenal ini ialah Datuk AC Mizal yang mana telah mengumumkan Kumpulan Shiro iaitu Ajak dan Shahrol telah bergelar juara sekaligus membawa pulang trofi dan wang tunai sebanyak RM 500,000.

Bukan hanya itu, kumpulan Shiro pada malam ini juga telah memenangi Oppo Punchline Machine yang terakhir.

Sumber: Zon Lawak

Post a comment

0 Comments