Penghuni di sebuah apartment di Telipok, Sabah dikejutkan dengan kejadian culik seorang kanak-kanak perempuan berusia 2 tahun disyaki dijadikan tebusan oleh seorang lelaki sejak 12 tengah hari tadi
Kanak-kanak tersebut berjaya diselamatkan oleh pasukan keselamatan meskipun lelaki itu tidak memberikan kerjasama untuk membebaskan kanak-kanak terbabit.
Pelbagai usaha dilakukan untuk menyelamatkan mangsa secara damai. Namun tidak berhasil. Suspek dikatakan mengacu senjata di leher kanak-kanak terbabit sehinggakan pihak polis terpaksa melepaskan beberapa das tembakan.

Polis menyatakan suspek mati ditembak di lokasi kejadian.
0 Comments