Tular di media sosial dengan rakaman dua orang kanak-kanak tidak berbaju sedang menyanyi di atas platform di tengah-tengah tasik.
Rakaman video yang dikongsi pada 12 Januari itu meraih lebih daripada 35,000 retweets dan lebih dari 25,000 likes. Sebanyak 452,000 juga telah menontonnya.
Apa yang menarik sangat dengan video tersebut? Ha..Jom kita tonton…
Talented boy 👏🏻 pic.twitter.com/cHkMCAQrqq— Mangekyo (@luqmxnzubir) January 12, 2019
Menerusi perkongsian ini, orang ramai turut mengakui suara dua orang kanak-kanak ini memang lunak. Malah ada yang turut berkongsi mereka juga pernah terserempak dengan kanak-kanak ini.
Difahamkan lokasi rakaman tersebut adalah di Tasik Cermin, Ipoh, Perak. Dan dua kanak-kanak tersebut baru berusia 12 tahun.
Orang ramai yang tertarik dengan suara mereka turut meninggalkan komen seperti berikut;
Jarang budak besar ini layan lagu lama. Terbaik!
Siap ada yang kata seorang jadi Awie, Seorang lagi Amy Search!
Sumber: Twitter