TNB Kongsi 14 Tips Mudah Jimat Elektrik Yang Sangat Berguna!

Bil elektrik rumah anda meroket naik sehingga tidak terkawal? Mungkin ramai masyarakat yang mengalami masalah seperti ini. Mana taknya, dengan keadaan cuaca yang kian panas memang anda memerlukan penghawa dingin.
Namun, hal ini masih boleh dikawal oleh setiap individu. Dengan cara penggunaan elektrik yang betul, anda masih boleh mengurangkan bil elektrik yang perlu ditanggung setiap bulan.


Maklumlah, banyak lagi tanggungan lain yang anda untuk dibayar. Jika anda tidak mahu membayar bil elektrik yang melambung tinggi akibat cara penggunaan yang salah, ikuti tips dari pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) ini, mesti boleh jimat!

1. Guna ruangan mesin basuh semaksima mungkin. Jika boleh masuk lagi banyak baju, lagi bagus!

Image from TNB
Image via TNB

2. Pastikan filter penghawa dingin anda telah dicuci supaya ia boleh beroperasi secara efisien

Image from TNB
Image via TNB

3. Semasa penghawa dingin dihidupkan, tutup semua pintu dan tingkap. Lebih kecil ruangan, lebih rendah bil yang perlu ditanggung.

Image from TNB
Image via TNB

4. Pilih lampu mentol yang menggunakan tenaga yang sikit untuk penjimatan yang lebih

Image from TNB
Image via TNB

5. Gosok baju dalam jumlah yang banyak setiap seminggu sekali

Image from TNB
Image via TNB

6. Maksimumkan air dalam cerek elektrik ketika masak. Lebih jimat sebenarnya!

Image from TNB
Image via TNB

7. Pilih peralatan elektrik yang mempunyai 5 rating serta logo merah seperti di dalam gambar:

Image from TNB
Image via TNB

8. Jarak peti sejuk dengan dinding sejauh 10cm untuk peredaran yang lebih efisyen

Image from TNB
Image via TNB

9. Jangan biarkan PC, laptop atau monitor LCD berada dalam keadaan standby jika tidak digunakan

Image from TNB
Image via TNB

10. Boleh gunakan timer untuk peralatan yang diperlukan pada masa yang tertentu sahaja

Image from TNB
Image via TNB

11. Gunakan lampu fluorescent T5 sebagai langkah penjimatan elektrik anda

Image from TNB
Image via TNB

12. Suhu penghawa dingin yang paling efisien adalah antara 23-25 darjah celcius untuk kesejukan optimun

Image from TNB
Image via TNB

13. Cara susun barang di dalam peti sejuk juga menjadi faktor utama dalam penjimatan elektrik. Pastikan barangan anda tersusun kemas dan rapi.

Image from TNB
Image via TNB

14. Gunakan mod ‘Cold Wash’ semasa mencuci pakaian menggunakan mesin basuh untuk mengelakkan penggunaan tenaga yang banyak untuk memanaskan air

Image from TNB
Image via TNB

Senang bukan? Jika ada yang masih belum tahu tentang tips ini, boleh kongsi untuk manfaat bersama. ;)
Jom jimat bil elektrik!


Post a Comment

0 Comments