Pengerusi Masjid Lavender Height Senawang Bunuh Anjing Menggunakan Racun?

Doggo SerembanIsnin lalu Penduduk di Taman Lavender Height, Seremban gempar apabila banyak anjing liar di taman berkenaan ditemui mati dipercayai akibar diracun oleh individu tidak bertanggungjawab.
Namun sejak dari semalam ramai yang berkongsikan screenshot satu perbualan di WhatsApp yang difahamkan daripada komuniti Taman Lavender Height. Mereka berbincang sesama mereka cara bagaimana untuk menghasilkan racun supaya dapat menyelesaikan masalah anjing yang berkeliaran di sekitar taman berkenaan.
Melalui paparan perbualan berkenaan, seorang warga dalam group berkenaan meletak racun tikus dalam makanan anjing. Tindakan beliau itu dianggap satu perbuatan yang bernas dan hebat dalam menyelesaikan masalah anjing liar di taman berkenaan. Ada yang memuji tindakan ‘tuan haji’ berkenaan dan menyamakan beliau seperti Thanos kerana dapat mengurangkan bilangan anjing liar di taman mereka dalam sekelip mata.
Ada warga group berkenaan yang langsung tidak setuju dengan cara ‘tuan haji’ itu. Mereka berpendapat pasti akan ada haiwan lain selain anjing yang akan turut menjadi mangsa. Mereka turut melontarkan pendapat untuk menyerahkan isu anjing liar ini kepada pihak berkuasa untuk menanganinya.
Dari paparan perbualan kumpulan berkenaan, salah seorangnya ahli Masjid Qariah Ibnu Khaldun Lavender Height (MQIKLH) yang terletak di Senawang, Negeri Sembilan.
Lebih menyedihkan adalah bukan hanya anjing liar yang memakan daging beracun itu, tetapi anjing peliharaan salah seorang penduduk di taman berkenaan juga turut terkorban.
Walaupun kehadiran anjing liar ini tidak disenangi penduduk, tetapi membunuhnya dengan cara ini memang sangat kejam. Sepatutnya biarlah pihak berkuasa tempatan yang menguruskannya dan tiada haiwan yang tidak bersalah turut sama mati. Diharap individu yang bertanggungjawab akan pembunuhan kejam ini akan disiasat di bawah Akta Kebajikan Haiwan.

Post a comment

0 Comments