Pemindahan Wang Melebihi RM25,000 Perlu Dilaporkan Ke BNM Bermula Hari Ini


Selari dengan pengumuman bank negara yang dibuat sebelum ini, bermula pada 1 Januari 2019 kesemua transaksi wang melebihi RM25,000 perlu dan bakal dilaporkan ke Bank Negara Malaysia. Langkah yang dibuat ini sejajar dengan idea bank negara untuk mengelakkan daripada pengaliran wang yang tidak diketahui sumbernya.

Menurut Bank Negara Malaysia, Cash Threshold Report (CTR) ialah transaksi tunai melebihi RM50,000 yang melibatkan mata wang domestik atau asing dalam bentuk fizikal atau dalam bentuk transaksi boleh runding seperti cek pengembara. Transaksi ini termasuk pengeluaran tunai atau tukaran instrumen boleh runding pembawa bagi tunai. Cek pindahan elektronik atau pembiayaan semula dan pembaharuan deposit tetap tidak termasuk dalam kategori CTR.
Nor-Shamsiah-Mohd-Yunus
SUMBER: MOLE
Menurut kenyataan Gabenor Bank Negara Malaysia, Datuk Nor Shamsiah Mohd. Yunus langkah ini merupakan keputusan yang terbaik memandangkan CTR negara berada pada nilai yang terlalu tinggi. Berdasarkan jangkaan awal pihaknya pengurangan CTR ini tidak akan memberi apa-apa kesan terhadap ekonomi negara.
Berdasarkan laporan, difahamkan Malaysia kini berada di tangga kesepuluh dalam carta pengaliran wang yang tidak diketahui sumbernya. Langkah yang dibuat ini sekaligus membolehkan bank negara mengetahui sumber pengaliran wang dengan lebih jelas.
Sumber: TheVocket

Post a Comment

0 Comments