Misteri Air Pokok Petai 'Menangis' Di Kelantan Yang Ditadah Orang Ramai Rupa-Rupanya...

Image from Era.je
Baru-baru ini tular di media sosial mengenai sebatang pokok berusia 30 tahun di Kampung Petani, Sering, Kota Baharu seperti sedang ‘menangis’ apabila pokok itu menitiskan air jernih seakan hujan renyai.

Malah kejadian pelik bermula jam 8 malam hingga 6 pagi itu turut menarik perhatian penduduk setempat untuk menyaksikan sendiri keanehan tersebut.
Pada waktu siang akan dapat lihat tompokan air di atas jalan dan dahan pokok yang masih basah seolah-olah disiram air sedangkan bukan pada waktu hujan.
Aneh dengan kejadian tersebut, penduduk setempat mula datang untuk menadah air berkenaan untuk dibawa pulang. Ada yang menjadikannya sebagai air minuman, membasuh muka dan juga mandi air yang berbau petai itu.
Bagaimanapun, misteri pokok petai menangis itu akhirnya terjawab. Air tersebut merupakan air kecing serangga riang-riang.



Misteri pokok petai di Kota Bharu 'menangis' sejak minggu lalu akhirnya terjawab. Menurut laman web cicadamania, pada hari panas, riang-riang akan minum dari cairan pokok dan 'kencing' ketika berbuat demikian. https://goo.gl/4qTnaw 

Menurut laman web cicadamania, pada hari panas, riang-riang atau nama saintifiknya Cicada, akan minum dari cairan pokok dan ‘kencing’ semula di pokok tersebut.

Post a Comment

0 Comments