Comelnya, Ini 30 Idea Bekal Makanan Anak Ke Sekolah Untuk Sebulan!



Bawa bekal ke sekolah bukan saja menjimatkan, tetapi kebersihan dan kualiti kesihatannya lebih terjamin. Biasalah, seorang ibu mesti mahu yang terbaik untuk anak-anak, bukan?

Sungguhpun begitu, bukan mudah nak perah idea nak masak apa setiap hari. Kalau tiap-tiap hari dibekalkan nasi goreng, anak pun naik jemu juga.

Memandangkan penggal baru persekolahan bakal bermula, di sini kami kongsikan idea menarik seorang ibu, Puan Nor Khaliza Wati Mohad Kholil, yang menyediakan bekal makanan ke sekolah atau bento untuk 3 orang anak perempuan beliau. Apa yang uniknya, ia turut dihias dengan begitu kreatif!

30 Idea Bekal Anak Ke Sekolah Untuk Sebulan. Comelnya, Anak Mesti Berselera!
Mari kita tengok 30 menu bekal makanan yang telah disediakan oleh Puan Nor Khaliza Wati ini.
1. Pasta Carbonara, Roti Sosej & Buah Limau
2. Chicken Chop, Buah Tembikai, & Biskut
3. Nasi Goreng, Ayam Goreng & Buah Oren
4. Nasi Minyak, Ayam Masak Merah, Telur Dadar, Salad & Buah Anggur
5. Maggi Goreng, Roti Sandwich, Sald & Telur
6. Bihun Goreng, Telur Dadar, Nugget & Buah Oren
7. Laksa Goreng, Telur Dadar
8. Nasi, Telur Bungkus, Sosej, Salad, Buah Epal & Biskut
9. Nasi Lemak, Ayam Goreng, Buah Strawberi
10. Nasi, Ayam Tomato, Sosej, Salad & Biskut
11. Burger, Fries, & Buah Delima
12. Pasta Carbonara, Roti Sosej, Salad & Buah-buahan
13. Maggi Goreng, Roti Prata Mini, Buah Epal & Manisan
14. Spaghetti Bolognese, Nugget & Buah Oren
15. Chicken Chop, Fries, Telur & Buah-buahan
16. Macaroni Cheese, Sosej, Udang Goreng Tepung, Salad & Buah Anggur
17. Nasi Lemak Pandan, Sosej, Buah Strawberi
18. Nasi Goreng, Ayam Goreng, Salad & Buah-buahan
19. Roti Sosej, Nasi Berlauk, Salad & Strawberi
20. Bubur Nasi, Ikan Bilis & Telur Puyuh
21. Nasi Ayam, Nugget, Salad & Buah-buahan
22. Nasi Putih, Ayam Masak Kicap, Sosej, Telur Dadar, Salad & Buah-buahan
23. Nasi Lemak, Nugget & Buah-buahan
24. Maggi Goreng, Nasi Goreng, Sosej, Telur Dadar, Sayuran & Buah-buahan
25. Nasi Berlauk, Brokoli, Sosej & Buah Oren
26. Pasta, Kek & Buah
27. Nasi Putih, Ayam Percik, Crab Stick, Buah Anggur
28. Nasi Putih, Ayam Merah, Salad, Buah Epal
29. Nasi Goreng, Ayam Goreng, Sosej, Telur Dadar, Salad & Buah Oren
30. Sandwich, Roti Sosej & Buah Anggur
Tips Tambahan
i) Untuk menghias bento ini, mungkin lebih mudah jika ada acuannya. Beli saja di kedai peralatan rumah seperti MR DIY atau Daiso. Macam-macam pilihan bentuk ada. Kalau tak ada, gunakan acuan biskut atau cookie cutter pun boleh.
ii) Kalau nak kepal nasi bagi elok dan tak berderai, lebihkan sedikit air semasa memasak nasi. Barulah senang untuk dibentuk dalam acuan nanti.
iii) Bagi membuat bentuk mata, kebanyakannya menggunakan seaweed. Untuk melekatkannya, boleh sapukan dengan sedikit mayonis. Boleh juga gunakan lada hitam.
Selamat Mencuba!
Wah, memang seronok tengok gubahan ibu ini membuat bekal makanan untuk anak-anak. Walaupun masakan ringkas dan ada beberapa menu yang berulang, tapi tentu akan tetap menarik selera anak-anak apabila dihidangkan dengan cara berbeza.
Tak mustahil kita pun boleh buat juga. Cuba mulakan dengan dekorasi gubahan yang simple dulu. Bila dah biasa buat, mesti akan mahir juga, kan?

*Idea bento / bekal makanan untuk anak ini dikongsikan oleh Puan Nor Khaliza Wati MohadKholil melalui Group Facebook Masak Apa Hari Ini dan ia diterbitkan semula dengan kebenaran. Untuk lebih banyak tips atau pertanyaan lanjut, follow beliau di SINI.

Sumber: SirapLimau.com

Post a comment

0 Comments