Apple Akan Mengurangkan Harga Jualan iPhone Di Beberapa Negara Termasuk Malaysia


Ketua Pegawai Eksekutif Apple, Tim Cook telah mengumumkan pihak Apple akan mengurangkan harga iPhone di beberapa pasaran antarabangsa berikutan kemerosotan penjualan iPhone yang merosot sebanyak 17% pada awal tahun ini.
Beliau berkata, kemerosotan ini berpunca daripada harga peranti yang lebih mahal, ekonomi China yang mula perlahan dan nilai matawang Dollar yang tinggi.
Apple-keynote-Tim-Cook-September-event-09122018
CEO APPLE, TIM COOK. SUMBER: IPHONEINCANADA
Apabila nilai Dollar menjadi tinggi maka dengan serta merta harga jualan iPhone akan menjadi tinggi di pasaran antarabangsa dan ia sekaligus akan menjejaskan jualan iPhone di negara-negara yang sedang membangun seperti di Malaysia sendiri dimana harga Apple iPhone XS Max 256GB mampu mencecah sehingga RM7,049 seunit.
Dengan pengumuman pengurangan harga iPhone yang akan dilakukan oleh pihak Apple, maka tidak hairanlah sekiranya dalam waktu terdekat ini harga iPhone di Malaysia juga akan menurun.
Tangkapan-Skrin-2018-10-16-pada-10.53.10-PG
Pengumuman yang dibuat ini memberi sinar harapan buat pengguna di Malaysia mendapatkan Apple iPhone dengan harga yang lebih rendah. Walaubagaimanapun, masih belum diketahui berapakah jumlah pengurangan harga yang bakal ditawarkan Apple melalui senarai harga terbaru yang bakal dikeluarkan.
Buat anda yang sedang bercadang untuk mendapatkan Apple iPhone, mungkin lebih berbaloi sekiranya anda menanti seketika dan mendapatkannya selepas Apple mengumumkan harga terbaru iPhone bagi pasaran Malaysia.
Sumber: The Vocket

Post a comment

0 Comments