‘Anak Hang Dah Selamat Mandi Darah!’ – Ibu Cerita Detik Cemas Dua Anak Maut Dikelar


Tidak sangka malam tadi menjadi malam terakhir seorang ibu ini bersama dua anaknya sebelum kedua adik-beradik itu dikelar seorang lelaki yang tidak dikenali mereka. Mangsa Nurul Hanim dan Hafiz dibunuh kejam oleh suspek dengan sebilah parang ketika kedua mangsa nyenyak tidur di rumah mereka di Yan, Kedah.
Ibu mangsa, Noorhasyelawati Yusoff menceritakan tragedi hitam itu ketika ketiadaan suaminya di rumah dengan penuh rasa sedih.

Suspek melibas parang terkena pipi

Dalam kejadian 11.45 malam tadi, Noorhasyelawati bersama dua anaknya, Nurul Hanim dan Hafiz sedang tidur di dalam bilik. Ibu mangsa terdengar suara jeritan dari seorang lelaki yang memanggil nama suaminya, Idris Saad berulang kali.
Abang ipar kepada Noorhasyelawati, Sobri Saad turut menjadi mangsa apabila dia turun dari tingkat atas rumah lalu membuka pintu. Tanpa diduga, suspek telah melibas parang dan terkena pada bahagian pipi kiri.

Dia menuju ke katil anak

Dalam pada masa yang sama, suspek masuk ke dalam rumah dan cuba bertindak menikam Noorhasyelawati namun tersasar.
Dia menghampiri saya dan terus menikam ke arah perut tetapi nasib baik terkena tirai. Kemudian suspek terus masuk ke bilik, menuju ke katil tempat anak tidur.
Saya terus lari pergi rumah kakak untuk minta tolong… tengok apa dia buat dekat semua anak saya.

Tergaman dan sedih lihat keadaan anak

Tidak lama kemudian, dia terdengar suspek menjerit mengatakan kedua anaknya sudah mati ditikam.
Anak hang dah selamat mandi darah.
Ibu mangsa tergamam dan sedih sebaik saja kembali ke rumah dan melihat kedua-dua anaknya sudah terbujur kaku berlumuran darah di atas katil.
Bagaimanapun, suspek telah berjaya ditangkap orang kampung dan diserahkan kepada pihak polis. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan motif kejadian masih dalam siasatan.
Sumber: Astro

Post a comment

0 Comments