TERKINI: Akhyar Rashid Sah Milik Johor Darul Ta’zim (JDT)


Pemain sayap lincah skuad Harimau Malaya, Akhyar Rashid akhirnya menamatkan spekulasi perpindahan dengan memilih kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim depan sekaligus menambah sengat pasukan juara Liga Super 5 kali itu.

Pengumuman itu dibuat melalui rakaman video yang dimuat naik di laman facebook rasmi JDT, JOHOR Southern Tigers sebentar tadi sambil memaparkan penampilan Akhyar dengan kapsyen “Welcome To JDT”.




Sebelum ini perpindahan Akhyar berlangsung dalam suasana cukup kontroversi dan penuh drama. Sebelum ini Perlis FA secara terbuka menyatakan minat mereka apabila cuba melamar bintang muda Kedah itu. 

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengeluarkan keputusan mesyuarat Jawatankuasa Status mereka yang membenarkan Akhyar Rashid menebus kontraknya dengan nilai RM210,000 dan pasukan baru akan membayaran RM75,000 nilai pampasan latihan kepada KFA.

Semoga Maju Jaya Akhyar!

Post a comment

0 Comments