Mi segera penyebab kanser? Kes di Indonesia


ADAKAH benar, pengambilan mi segera mampu menyebabkan Karsinogen iaitu agen-agen yang boleh mencetuskan pertumbuhan kanser dalam tisu hidup?

Dalam kes yang berlaku di Indonesia ini, seorang pakar pembedahan dan pakar gastroenterologi RS Kanser Dharmais, Dr. Fajar Firsyada mendedahkan, beliau menjumpai karsinogen tersebut pada seorang remaja 13 tahun yang menghidapi kanser hati tahap 4.

“Dua tahun lalu, pesakit tidak mahu mengambil makanan lain selain mi segera dan mengikut rekod pesakit tidak mempunyai rekod kanser dalam keluarganya. Makanan ini merupakan puncanya apabila ditanyakan mengenai soal pola makanannya,” katanya.

Tambah beliau, sel normal boleh berubah menjadi sel kanser apabila bersentuhan dengan karsinogen lebih-lebih lagi jika ia diambil dalam jumlah yang besar.

Penyelidikan turut mendedahkan jika sesiapa memakannya dalam jumlah yang banyak dan secara berterusan berpeluang untuk mengaktifkan sel kanser di saluran gastrousus atau saluran pencernaaan hingga ke usus.

Post a comment

0 Comments