‘Kita Sudah Pulang Semobil…’ – Isteri Ifan Seventeen Akhirnya Ditemukan, Namun…


NASIB isteri kepada vokalis kumpulan Seventeen, Ifan iaitu Dylan Sahara akhirnya terjawab apabila dia disahkan meninggal dunia selepas menjadi mangsa kejadian tsunami yang melanda Selat Sunda pada Sabtu lalu.

Ifan atau Riefian Fajarsyah, 35, mengesahkan perkara itu menerusi Instagram miliknya kira-kira pukul 9 malam (waktu Malaysia).

"Alhamdulillah udah ketemu istriku dylan_sahara. Makasih ya temen-temen doanya, cuma Allah yang bisa bales kebaikan temen-temen

"Minta tolong kirimin al-fatihah ya buat istriku dylan_sahara InsyaAllah husnul khotimah. Allahumma amin," tulisnya.

Sementara itu, Ifan menerusi posting di Instagram pula memuat naik video yang memperlihatkan dia bersama jenazah isterinya berada dalam kenderaan dipercayai dalam perjalanan ke Jakarta.

Ifan (dua dari kiri) bersama tiga anggota Seventeen yang terkorban iaitu Bani (paling kiri), Andi (dua dari kanan) dan Herman.

"Alhamdulillah kita udah semobil lagi. Yuk pulang @dylan_sahara," (Alhamdulillah, kita sudah dalam kenderaan. Ayuh pulang) tulisnya pada kapsyen video tersebut.

Dalam perkembangan sama, Ifan turut mengesahkan pemain dram Seventeen iaitu Andi turut terkorban menjadikan kesemua anggota kumpulan itu meninggal dunia.

Mereka termasuk Bani (pemain bes), Herman (gitaris) termasuk kru, Ujang dan pengurus kumpulan itu, Oki Wijaya.

Ketika kejadian, Seventeen sedang mengadakan persembahan bersempena hari keluarga sebuah syarikat korporat di Tanjung Lesung Resort, Banten

Post a comment

0 Comments