Memang benar pepatah yang mengatakan 'age is just a number'
Kisah nenek berusia 82 tahun ini begitu tepat menterjemah ungkapan di atas.
Pada usia tersebut, nenek ini, Siti Hendon Abdullah berjaya menerima segulung Ijazah Sarjana dari sebuah universiti swasta. Hebat!

Siapa sangka seorang nenek yang sudah berusia masih mempunyai ikhtiar untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi
Perkongsian tentang nenek luar biasa ini telah dibuat oleh cucunya sendiri, Adam Zainalmenerusi Twitter.
Kisah ini telah pun viral pada 2 tahun lepas (2016). Ketika itu, Adam memuat naik gambar neneknya itu yang dilihat sedang bertungkus-lumus menyiapkan Masters thesis di hadapan laptop.
"Nenek saya sedang menyiapkan Masters thesis," tulis Adam.

Dua tahun berlalu, Siti Hendon akhirnya berjaya meraih segulung Ijazah Sarjana! Majlis konvokesyen telah berlangsung pada 30 November 2018 lalu di UNITAR.

Upacara gilang-gemilang itu turut dihadiri oleh suami tercinta Siti Hendon.
Lebih menarik, Siti Hendon bukan sekadar berjaya menerima Ijazah Sarjana. Tetapi dia melakukannya sambil menguruskan sebuah tadika, dan ketika mempunyai 4 orang anak, 18 orang cucu, dan 2 cicit pada usia 82 tahun. Memang luar biasa!

0 Comments