Dua beradik lemas mangsa ombak besar ditemui

MANGSA lemas, Nurain Salsabila Zawawi dibawa naik melalui Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia LKIM Dungun sebelum dibawa ke Bilik Forensik Hospital Dungun untuk siasatan lanjut. - Foto Rosli Ilham
DUNGUN: Mayat dua daripada tiga beradik yang dikhuatiri lemas dipukul ombak besar di Pantai Sura Tengah, ditemui pagi ini.
Mayat Nurain Sofia Zawawi, 8, ditemui lima kilometer dari tempat kejadian oleh Pasukan Mencari dan Menyelamat (SAR), pada jam 7.48 pagi, manakala adiknya, Nurain Salsabila Zawawi, 6, ditemui 700 meter dari tempat kejadian pada jam 9.20 pagi.
Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah, berkata mayat kedua-dua mangsa kemudian dibawa ke Bilik Forensik Hospital Dungun untuk siasatan lanjut.
“Operasi SAR yang kita gerakkan sejak petang semalam membabitkan seramai 73 anggota polis, bomba dan Angkatan Pertahanan Awam APM.

MANGSA lemas, Nurain Salsabila Zawawi dibawa naik melalui Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia LKIM Dungun sebelum dibawa ke Bilik Forensik Hospital Dungun untuk siasatan lanjut. - Foto Rosli Ilham

“Kami memperluaskan operasi dalam jarak 10 kilometer iaitu lima kilometer di kiri dan kanan pantai untuk mencari mangsa ketiga,” katanya.
Dalam kejadian jam 4.45 petang semalam, tiga beradik iaitu Nurain Salsabila Zawawi, 6; Nurain Sofia, 8; dan Nurain Fatma, 10, dikhuatiri lemas selepas dipukul ombak besar sebelum menariknya ke dalam laut.
Mangsa bertiga yang berasal dari Kampung Peringat, Kelantan, dikatakan mengikuti ibu saudaranya ke Dungun untuk bercuti.

Sumber: Berita Harian

Post a comment

0 Comments