Akhirnya Nurul Izzah buka mulut, beri respons kepada "warkah 'kekanda' Mujahid"

Akhirnya Nurul Izzah buka mulut, beri respons kepada "warkah 'kekanda' Mujahid"
Ahli Parlimen Permatang Pauh itu menyelar warkah itu sebagai tidak manis dan merendahkan darjat. - Gambar fail BERNAMA
KUALA LUMPUR: EMPAT hari berselang sudah selepad Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa mengutuskan warkah kepada bekas Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar.

Akhirnya hari ini Ahli Parlimen Permatang Pauh itu bersuara mengenainya.

Dalam satu kiriman tweet hari ini, Izzah menggelar warkah itu sebagai ‘tidak manis’ (inappropriate) dan ‘merendah-rendahkan darjatnya’ (condescending).


Pada 25 Disember lalu, Mujahid memuat naik status di Facebook berjudul ‘Warkah dari Cordoba untuk Nurul Izzah’ sewaktu dalam perjalanan dari bandar bersejarah itu ke ibu kota Sepanyol, Madrid.

Dalam warkah itu beliau menggunakan gelaran “kekanda” untuk merujuk kepada dirinya dan “adinda” untuk merujuk kepada Nurul Izzah.

Ditulis sebagai respons kepada peletakan jawatan Nurul Izzah daripada Parti Keadilan Rakyat dan kerajaan, Mujahid berkata ia ditulis menggunakan Bahasa Melayu klasik kepada beliau menghargai nilai kesusasteraan bahasa ibunda.

Warkah itu lantas menjadi viral di media sosial; mengumpul 15,000 komen dan lebih 8,800 perkongsian di Facebook setakat petang ini.

Jolokan “kekanda” dan “adinda” juga sering digunakan secara berjenaka oleh netizen sejak warkah itu ditulis.

Post a comment

0 Comments