Papan Luncur Air Terpanjang Dunia Bakal Dibuka Bulan Hadapan Di Pulau Pinang


Berita baik buat anda yang sedang mencari destinasi yang bakal dituju sempena musim cuti sekolah yang bakal tiba. Taman Tema Air Escape, Pulau Pinang yang terletak di Teluk Bahang nampaknya bakal menawarkan sebuah pengalaman yang berbeza buat para pengunjung.
Buat pengetahuan anda, papan luncur air sepanjang satu kilometer ini akan menjadi papan luncur air terpanjang di dunia dan dikhabarkan sekiranya anda ingin menaiki luncur ini anda perlu menaiki tangga pada aras ketinggian 42 meter ke puncak tempat luncur bermula. Papan luncur air ini merupakan projek taman tema fasa kedua di Taman Tema Escape.
Selain itu, dianggarkan terdapat 23 pilihan permainan yang menarik di taman tema ini. Antaranya Monkey BusinessCoco Limb, Gecko Tower, Atan’s Leap, Jungle Swinger, Lying Lemur dan banyak lagi.
Harga tiket masuk ke Taman Tema Escape adalah bermula daripada RM90 jika walk-in dan sekiranya anda membeli tiket secara atas talian anda akan mendapat potongan harga. Untuk maklumat lanjut anda boleh layari laman web ini. Papan luncur air terpanjang ini dijangka bakal mula dibuka buat orang ramai seawal Disember ini.




Sumber: TheVocket.com

Post a Comment

0 Comments