[TERKINI] Kesemua 189 penumpang termasuk krew kapal disahkan maut

  • Airlive melaporkan bahawa kesemua 189 penumpang termasuk krew kapal di dalam pesawat Lion Air JT-610 yang terhempas pagi tadi telah terkorban.
    Pesawat terbabit dilaporkan hilang dari radar selepas 13 minit berlepas dari Jakarta sebelum terhempas di perairan Jawa Barat.

    Sementara itu, pesawat terbabit turut dilapor mempunyai masalah teknikal pada penerbangan sebelumnya
     Tetapi, semuanya telah diselesaikan sebelum penerbangan ke Pangkal Pinang. "Pesawat ini sebelumnya terbang dari Denpasar ke Cengkareng (Jakarta). Terdapat laporan mengenai isu teknikal yang telah diselesaikan mengikut prosedur, "kata CEO Lion Air, Edward Sirait seperti yang dilaporkan Reuters.


      • 29 Oktober 2018, 12.45pm: Pesawat komersial Indonesia, Lion Air terhempas ketika dalam perjalanan dari Jakarta menuju ke Pangkal Pinang, Sumatra pada awal pagi hari ini.

      • Pesawat dikatakan terputus hubungan kira-kira 13 minit selepas berlepas meninggalkan lapangan terbang.

      • Pada jam 6.20 pagi, pesawat JT-610, Lion Air itu berlepas dari lapangan terbang Jakarta sebelum dikatakan terputus hubungan pada jam 6.33 pagi.
      • Ketika kejadian pesawat berkenaan dipercayai membawa 189 penumpang termasuk krew kapal

      • Sumber rasmi melaporkan sekurang-kurangnya 189 orang berada di atas kapal ketika kejadian. Namun masih belum pasti sama ada terdapat penumpang yang terselamat.
      • "Kami tidak tahu sama ada terdapat mangsa yang terselamat. Kami berharap, kami berdoa, tetapi kami tidak boleh mengesahkannya," kata seorang pegawai SAR.

        Kementerian Pengangkutan Indonesia berkata pihaknya sudah mengenal pasti kawasan pesawat itu terhempas iaitu di laut berhampiran Karawang di Jawa Barat

      • Ketua SAR Pangkal Pinang, Danang Pandu berkata, pasukannya sudah mula mencari pesawat berkenaan selepas menerima laporan daripada pusat kawalan trafik.


    Dalam perkembangan terbaru, pesawat Lion Air JT-610 dikatakan sempat meminta izin untuk berpatah balik sejurus selepas berlepas

      • "Pesawat sempat meminta return to base sebelum akhirnya hilang dari radar," kata Ketua Bahagian Kerjasama dan Humas Direktorat Jeneral Perhubungan Udara, Sindu Rahayu.
    Sumber: Says



Post a Comment

0 Comments