Pemain JDT kemalangan, penunggang motosikal maut


TANGKAK 2 Jan. - Pemain bola sepak Johor Darul Tazim (JDT), Muhammad Fazly Mazlan terlibat dalam kemalangan di Kilometer 15, Jalan Sungai Mati-Bukit Gambir berhampiran Serom, di sini pukul 8.05 malam tadi.

Walau bagaimanapun, Muhammad Fazly, 23, yang memandu kereta Audi S5 tidak mengalami sebarang kecederaan, namun penunggang motosikal berusia 30 tahun maut di tempat kejadian. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Mohad Idris Samsuri ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan siasatan lanjut sedang dijalankan.




"Siasatan awal mendapati penunggang motosikal tersebut keluar dari simpang secara tiba-tiba menuju ke jalan utama dan pada masa sama terdapat sebuah kereta tidak sempat mengelak lalu berlaku kemalangan.
"Mangsa berasal dari Taman Serom disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1), Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya sebentar tadi.- UTUSAN ONLINE

Post a Comment

0 Comments