Puteri Sarah Liyana kini hamil 4 bulan

Puteri Sarah, pelakon dan juga isteri kepada pengarah terkenal, Syamsul Yusof diberitakan bahawa kini sedang hamil empat bulan. Pasangan ini dijangka melahirkan anak sulung mereka sekitar April 2017.
Pasangan ini kelihatan teruja dalam usaha menyambut kehadiran ahli keluarga baru dalam hidup mereka. Menurut Sarah, dia tidak kisah nama apapun untuk anaknya asalkan nama tersebut bermula dengan huruf “S” sepertimana dirinya dan suami. Dipetik Sarah berkata
 "Sekarang ini kami sibuk cari nama tapi saya ada syarat sendiri. Tak kisahlah nama apa, janji nama itu mesti bermula dengan huruf S sebab saya nak nama anak sama dengan nama saya dan Syamsul"
Tahniah Coklat Celup buat Siti Sarah & Syamsul Yusof

Post a Comment

0 Comments