Custom Ads

Trending

Ustaz Ebit Lew kemalangan


SEREMBAN: Pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew, terbabit kemalangan di Lebuh Raya Utara-Selatan, di sini, awal pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi, beliau bagaimanapun hanya mengalami kecederaan ringan.
Menerusi hantaran dalam laman sosial Facebook miliknya, hari ini, Ebit berkata, kejadian berlaku ketika beliau bersama dua lagi rakan dalam perjalanan dari Pasir Gudang, Johor, menuju ke Kuala Lumpur.
“Saya bertiga. Ada kereta masuk ke kanan tiba-tiba himpit kereta saya. Takde (tiada) kereta lain di highway (lebuh raya). Saya cuba elak sampai hampir kena divider (pembahagi jalan) kanan.
“Dua-dua hampir terbalik. Saya tercampak ke depan. Sempat mengucap. Terhentak kuat juga. Sakit badan dengan hidung,” katanya.
Bagaimanapun, Ebit bersyukur kerana semuanya selamat dalam kejadian itu.

No comments