Custom Ads

Trending

Sekian lama merantau di UK pemuda ini buat kejutan pulang tiba2, reaksi ibu ayah undang sebak


Apabila hidup berkelana di rantauan, perasaan yang paling sukar untuk dibendung adalah kerinduan yang teramat kepada keluarga tercinta, sudah pasti wajah ibu ayah sentiasa bermain di ruangan mata.
Begitulah juga kisah seorang pemuda bernama Muhammad Fathurrahman, penuntut Universiti di United Kingdom, apabila video kejutan buat keluarga yang teruja dengan kepulangannya, telah mula tular di Twitter.

8 bulan tak jumpa ibu ayah terkejut tengok saya

Video yang dimuat naik Fathur di Twittter miliknya, memaparkan dia pulang ke tanah air tanpa pengetahuan ahli keluarganya, dapat diperhatikan ibu bapanya yang ketika sedang berada di kedai makan tidak menyangka Fathur juga berada disitu.

Ibu ayah mengalir air mata sebab terlalu rindu

Sejurus melihat wajah Fathur tiba-tiba pulang, kedua ibu bapanya terpaku seketika dan tanpa berlengah si ayah terus bangun memeluk anak yang sangat dirindui dengan linangan air mata.
Manakala si ibu pula seakan tidak percaya bahawa anak yang telah lama dinantikan kepulangan, akhirnya kini sudah berada di depan mata.

Tak dapat beraya bersama tahun ni

Menurut Fathur, pada tahun ini dia tidak berkesempatan untuk meraikan Aidilfitri bersama keluarganya, oleh kerana ketika itu dia sedang mengambil peperiksaan akhir semester, justeru pertemuan itu sangat bermakna buat dirinya.

Tak dapat nak tahan nangis…

Tweet tersebut yang kini sudah mencecah 21 ribu Retweet mendapat pelbagai reaksi daripada netizen, rata-ratanya tidak dapat menahan sebak melihat pertemuan keluarga bahagia itu.

Ayah dia sambut siap peluk dan cium…

Pasaipa la hang buat aku nangis…

No comments