Custom Ads

Trending

‘Kalau Ingat Daddy Mummy, Carilah Kami…’ – Ibu Kandung Tuntut Hak, Bapa Kongsi Coretan Pilu


Seorang bapa kongsi kisah sedih bila anak angkat yang dijaga selama 7 tahun akhirnya dituntut kembali oleh ibu kandungnya. Sebagai ibu-bapa, siapa yang tak sayang anak walaupun bukan dari darah dagingnya sendiri.
Tak dapat menahan sebak, bapa luah perasaan sedih saat terakhir berfoto bersama anaknya. Semoga keluarga ini tabah menghadapi ujian Allah. Sedihnya.

Gambar terakhir tersama tersenyum

Mungkin ini gambar terakhir dia dengan keluarga aku. Kami semua cuba untuk tersenyum untuk ambik gambar ini setelah menangis. Takut-takut ini gambar terakhir aku dengan dia sebab dia akan pergi jauh seberang laut jadi takut kalau ini gambar terakhir biarlah sesama tersenyum untuk gambar terakhir ini..
Amanda Qaleesya, yg belakang sekali umur 7 tahun. Dulu mak dia orang susah, masa umur dia 2 bulan mak dia bagi kat aku jadi anak angkat. Sampai aku dapat pendaftaran anak angkat dari JKM. Setelah 7 tahun aku besarkan dia, hari nie 3 July 2019 jam 8:30mlm , dia datang balik dan mintak balik anak dia.

Bukan hak aku

Sekarang aku tgh duduk dalam bilik aku menangis seorang diri terkenang kan dia. Macam macam aku terpikir pasal dia. Kekadang aku marah dia, aku garang sebab aku nak ajar dia jadi anak yang bagus. Dia nangis-nangis tak nak pergi tapi tak boleh buat apa sebab mak dia ada hak atas dia aku tak boleh buat apa.
Anak aku paling kecik Ryqarl nangis jugak masa dia nak pergi sebab akak dia tue tempat dia main selalu. Larik sana larik sini terjerit jerit riuh rendah rumah aku masa Ryqarls dan Amanda main bersama. Memang nampak riak muka Ryqarls yang baru usia 2 tahun setengah macam faham situasi nie.

Dia taknak senyum

Dia nampak sedih sampai ambik gambar pun tak nak senyum sebab nampak kakak dia nak keluar bawak bag. Aku cakap alasan kakak nak pergi sekolah. Esok lusa mesti dia akan tanya mana kakak dia. Aku tak terpikir lagi apa jawapan aku nak bagi. Mungkin jawapan yang sama.
Dah lah tarikh diaorang nie sama, Amanda 28-2, Ryqarls pulak 28-3. Nasib dari kecik aku bagi tahu kat Amanda yang dia bukan anak aku sebenar, mak dia ada tapi dah hilang.. sebab tue dia faham bila tiba2 mak dia datang dan nak ambik semula, dia akur dengan apa aku cakap dan explain itu mak dia.. dia kena ikut..

Daddy sayang manda

Aku ngan wife memang sedih pemergian dia.. lagi-lagi bini aku yang memang sangat sedih.. lagi lagi Amanda minum susu bini aku.. masa lahirkan Rqarls. So moral jangan ambik anak angkat takut korang tak mampu hadapi risiko macam mana aku hadap sekarang.. kalau filekan kes aku boleh menang dengan mintak ganti rugi tapi tue bukan penyelesaian kasih sayang tak boleh dibeli.
Walaupun dari umur 2 bulan jaga dia tak tidur malam jaga dia, sampai besar macam-macam dugaan dan masalah yang kami hadapi menjaganya. Tak guna mintak wang ringgit tapi dia tak ada dengan kami. Daddy sayang manda, 1 hari nanti kalau ingat kat daddy ngan mami carilah kami.. tue jer boleh aku pesan gambar nie aku ambik 5minit sebelum dia beredar, dan paksa senyum kami sekeluarga. Menjadi kenang kenangan masa akan datang..
Sumber : Princess Barbie

No comments