Custom Ads

Trending

Dari petang sibuk kejar ‘order’, pemuda ajak ‘rider’ Foodpanda makan di rumah


Jika dilihat pada masa kini, anak muda semakin gigih mencari pendapatan bagi menampung kehidupan mereka. Tak kisah separuh masa atau sepenuh masa, janji rezeki yang halal.
Bekerja sebagai penghantar makanan dalam talian menjadi antara pilihan anak muda, adakalanya mereka terpaksa meredah cuaca panas dan hujan demi pesanan yang sudah ditempah oleh pelanggan.
Baru-baru ini seorang pengguna laman Twitter, Afiq berkongsi kisah apabila dia mengajak seorang penghantar makanan untuk menjamu selera di rumahnya.
Menurut Afiq, pemuda yang menghantar makanan ke rumah jirannya itu kelihatan letih dan tidak bermaya sebelum bertindak untuk menegur ‘rider’ berkenaan.
View image on TwitterView image on Twitter
Adik ni datang hantar makanan kat rumah sebelah. Tengok muka letih tak bermaya, saya tegur lah tanya dah makan belum. Dia cakap belum dari petang lagi sbb kejar order. Saya jemput dia makan bersama kt rumah saya, awalnya malu malu. Lepas kena paksa terus makan tak ingat dunia
10.5K people are talking about this

“Adik ni datang hantar makanan kat rumah sebelah. Tengok muka letih tak bermaya, saya tegur lah tanya dah makan belum,” tulisnya.

Tambah Afiq, pemuda tersebut juga belum mengisi perut sejak dari petang kerana sibuk memenuhi pesanan makanan daripada pelanggan.

“Dia cakap belum dari petang lagi sebab ‘kejar’ pesanan. Saya jemput dia makan bersama kat rumah saya, awalnya malu-malu. Lepas kena paksa terus makan tak ingat dunia.” katanya.

Dia turut memberikan pesanan buat orang ramai supaya tidak memandang rendah dan memahami tanggungjawab sebagai seorang penghantar makanan yang sering mengutamakan pelanggan.

Hantar makanan, diri sendiri tak sempat makan…

Posting berkenaan tular dengan mendapat hampir 9,650 ulang kicau dan lebih 10,000 tanda suka serta pelbagai reaksi netizen.

Siapa cakapa budak2 muda pemalas?

Nampak macam mudah, tapi penat

Kesiannya!

Semoga Allah balas jasa baik kau bro!


Sumber : Afqbhrdn

No comments