Custom Ads

Trending

[VIDEO] Gugurnya air mata seorang wira negara. Lee Chong Wei umum persaraan #TQChongWei




DATUK Lee Chong Wei tidak dapat menahan sebak dan menitiskan air mata ketika sidang media khas sempena pengumuman persaraannya dalam arena badminton sebentar tadi.
Chong Wei yang 19 tahun beraksi untuk negara pada mulanya dilihat tenang namun tidak dapat mengawal perasaan apabila mula mengucapkan terima kasih kepada tenaga sokongan dalam Persatuan Badminton Malaysia (BAM).
“Terima kasih kepada semua jurulatih, terutama jurulatih yang membawa saya naik ke tahap ini, Datuk Misbun Sidek.



Saya tidak pasti sama ada beliau ada di sini atau tidak. Ada beberapa jurulatih ada di sini, terima kasih Hendrawan dan Tey Seu Bock. Begitu juga dengan tenaga sokongan yang mengikut saya ke mana saya pergi, fisioterapi....(terus menangis dalam tempoh seminit),” katanya di Menara Kementerian Belia dan Sukan (KBS).
Selain cuba ditenangkan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, ada juga wartawan yang menjerit dengan sahutan 'ayuh sang juara'.
Bagaimanapun, Chong Wei tidak dapat menyambung ucapannya dan hanya mengucapkan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia sebelum sidang media bersambung dengan sesi soal jawab.
Bekas pemain nombor satu dunia itu meraih pingat perak Sukan Olimpik sebanyak tiga kali dan meraih kejuaraan Terbuka Malaysia 12 kali.

Tahun lalu dia disahkan menghidap kanser hidung tahap awal dan menjalani rawatan di Taiwan sebelum menyambung semula latihan selepas disahkan sembuh Januari lalu.

Antara Pencapaian yang di raih



Terima Kasih Lee Chong Wei. Anda wira di hati rakyat Malaysia. 




Sumber: Awani, Bernama, Harian Metro


No comments