Kesemuanya berlaku susulan panggilan kecemasan pukul 7 pagi diterima daripada seorang wanita berusia 49 tahun.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor berkata, ini berikutan mangsa bimbang akan keselamatannya selepas ikan keli itu telah menyengat seekor kucing peliharannya sehingga mati.
Katanya, berdasarkan maklumat awal ikan tersebut dipelihara di dalam kolam di kawasan tempat meletakkan kenderaan rumah mangsa.
Difahamkan, kucing itu mati selepas cuba memakan ikan tersebut.
"Atas dasar tugasan dan tanggungjawab, seramai lima anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Anggerik dikejarkan ke lokasi kejadian bagi menangkap ikan tersebut.
"Ikan itu kemudiannya disimpan di balai bomba itu," katanya ketika dihubungi Kosmo! Online di sini hari ini. - K! ONLINE