Custom Ads

Trending

Tak perlu dayang istana, Tunku Azizah layan suami di meja makan dipuji rakyat

TUNKU Azizah Maimunah Iskandariah sememangnya terkenal dengan sikap mesra rakyat tanpa mempedulikan status dan darjatnya sebagai Raja Permaisuri Agong.
Isteri kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah itu turut menzahirkan ucapan Aidilfitri kepada seluruh umat Islam dengan hanya menggelarkan diri mereka sebagai ‘Abdullah’ dan ‘Azizah’.


Semalam, tular di media sosial beberapa gambar sambutan Aidilfitri yang memaparkan Tunku Azizah menyediakan santapan buat Al-Sultan Abdullah.
Gambar berkenaan dirakam oleh pegawai media kepada Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Teknologi Hijau, Komunikasi dan Multimedia Pahang, Mahathir Ali atau Don Mahathir pada 2 Syawal lalu di Istana Abdulaziz Kuantan, Pahang.
Ia ternyata memperlihatkan satu sisi yang jarang ditunjukkan kepada umum.
Posting berkenaan mengundang perhatian rakyat jelata bagi memberikan pelbagai komen yang rata-rata memuji sikap Permaisuri Agong yang setia melayan suaminya tanpa memerlukan khidmat petugas istana.
Sumber: Don Mahathir

No comments