Custom Ads

Trending

Tak kisah berpanas, ‘uncle’ tua naik basikal tampal jalan berlubang sendirian


Kerosakan jalan bukanlah sesuatu yang baru di negara kita. Baik di bandar ataupun desa, isu jalan berlubang kerap menjadi masalah kepada semua pengguna jalan raya.
Perkara tersebut bukan sahaja menyebabkan kenderaan mudah rosak, malahan boleh mengundang kecelakaan jika tidak berhati-hati. Jadi, kerosakan tersebut hendaklah dilaporkan kepada pihak yang bertanggunjawab supaya tidak mendatangkan mudarat di kemudian hari.

Mencangkung tampal tar sorang2

Walau bagaimanapun, tindakan susulan selepas laporan selalunya agak lambat dan kerap kali bertangguh. Justeru itu, menerusi satu perkongsian seorang lelaki di Facebook Persatuan Bangsa Johor, seorang warga emas telah menampal sendiri jalan yang berlubang.

Memang biasa bergaul dengan masyarakat

Posting tersebut menarik perhatian ramai kerana tindakan lelaki warga emas itu yang hanya menaiki basikal mampu untuk menampak lubang-lubang di jalan raya berhampiran kawasan perumahan.
Rata-rata netizen yang mengenali lelaki tersebut telah meninggalkan komen dengan menceritakan serba sedikit mengenainya.

Pernah simen lubang depan masjid

Lelaki berbangsa Cina ini memang sudah dikenali di sekitar kawasan perumahan Taman Pelangi, Johor Bahru dan kerap membaiki kerosakan kecil di jalan raya dengan kudratnya sendiri.

Teguran sinis buat mereka yang bertanggungjawab

Tindakan mulianya itu telah mendapat perhatian warga Facebook yang turut meninggalkan komen diruangan Facebook sumber. Mereka juga mengharapkan agar pihak bertanggungjawab sedar akan masalah ini dan mengambil tindakan di atas isu jalan rosak.

Terbaik uncle, semoga diberi kesihatan yang baik…

Uncle ni lagi laju dari pihak berwajib

No comments