Custom Ads

Trending

‘Molten Chocolate Pie’ Sudah Mula Dijual Di McDonald’s Malaysia

McD Choco pie 1


Ramai yang nampaknya berminat dengan menu terbaru yang bakal dilancarkan McDonald’s Malaysia, Molten Chocolate Pie. Ianya nyata bukan khabar angin kerana ianya sudah pun mula dijual sejak semalam.
Kami ke McDonald’s cawangan Seksyen 3 Shah Alam dan mencari pie ini. Menu ini tidak lagi tertera di menu dan anda perlu bertanya di kaunter sama ada pie ini masih ada atau pun tidak. Mungkin ianya akan sold out di sesetengah kawasan.

Bagaimana pula rasanya? Rasanya tidak ubah seperti Salted Caramel & Chocolate Pie McDonald’s sebelum ini tetapi tanpa kehadiran rasa salted caramel. Jadi, kali ini ianya 100% rasa coklat. 
McD Choco pie 2
McD Choco pie 3
Adakah ianya sama dengan Molten Chocolate Pie di Chili’s? Jawapannya tidak sama sekali. Di Chili’s, Molten Chocolate pie mereka jauh lebih lembut dan sedap; padan dengan harganya. Tetapi versi McDonald’s ini tetap sedap dan perlu dimakan ketika masih panas. Padankan pula dengan aiskrim, memang nice!
Molten Chocolate Pie ini dijual pada harga RM3.70. Jika anda mahu mencari pencuci mulut yang sedap minggu raya ini, boleh terjah cawangan McDonald’s berdekatan anda.

No comments