Custom Ads

Trending

“Kata tangan tak boleh angkat, tapi boleh main telefon..” – Rakan sekolah dedah sikap biadap pelajar dirotan


Hari ini tular di media sosial, rakaman seorang guru dimarahi oleh ibu kepada pelajar perempuan, kerana merotan anaknya sehingga meninggalkan kesan birat di bahagian tangan dan peha.
Difahamkan, guru lelaki terbabit tidak dapat mengawal perasaan selepas pelajar tersebut menggelarkan dirinya sebagai ‘pondan’, membuat dia menghukum pelajar itu.

Kata tangan tak boleh angkat? Elok jer main telefon

Dalam rakaman tersebut, ibu kepada pelajar terbabit menyatakan bahawa anak tidak dapat mengangkat tangan, akibat daripada kesan pukulan rotan itu.
Tetapi menerusi perkongsian yang dibuat di Twitter yang mendakwa dirinya sebagai rakan sekolah pelajar berkenaan, telah membuka mulut mengenai perkara itu kerana dia menyifatkan pelajar tersebut memang bermasalah.

Dia memang nakal di sekolah…

Dia hina cikgu tu ponda depan2, cikgu pun manusia tau

Happy muka dia dapat buat report polis pada cikgu

Dua2 ada salah sebenarnya…

Sementara itu, ada juga tidak menyokong tindakan guru tersebut, kerana terlalu keterlaluan dalam menghukum pelajar, kerana sudah pasti pukulan itu agak kuat berdasarkan kesan birat yang ada pada pelajar tersebut.
Pun begitu, pengguna Twitter, tersebut tidak menyalahkan satu pihak sahaja, dimana tindakan biadap pelajar itu memang tidak patut dilakukan, manakala guru tersebut tidak sepatutnya menghukum secara keterlaluan. .
Sebenarnya setiap pihak memainkan peranan masing-masing, didikan awal perlu diterapkan pada anak-anak sejak kecil lagi supaya mereka membesar dengan akhlak yang baik.
Sumber : 2cm200

No comments