Custom Ads

Trending

Jangan terkejut kerana brokoli sebenarnya dipenuhi dengan ulat tanpa anda sedari, berikut cara membasuhnya dengan berkesan



Seperti yang kita tahu, sayur brokoli amat kaya dengan sumber vitamin K, vitamin C, asid folik, potasium, serat, mineral dan rendah kalori.
Mungkin ada yang tidak suka akan rasanya, namun kebanyakan daripada kita pasti menggemari sayuran berkhasiat  dan mudah disediakan ini.
Brokoli sebenarnya berasal daripada keluarga sayur kobis bunga dan kobis. Jika diamati, kita akan lihat terdapat bunga kecil padanya, sayur diatasnya agak rapat di antara satu sama lain – memudahkan ulat untuk bersembunyi disebaliknya!
Jenis ulat paling biasa ditemui bersembunyi pada sayur brokoli adalah larva ‘Plutella xylostella’ 
Ia amat kecil namun sangat aktif. Ia sukar dilihat menerusi mata kasar dan mungkin kita sedar bahawa kita memakannya sekali bersama brokoli
Oleh kerana aspek kebersihan amat penting dalam kehidupan kita, adalah dinasihatkan agar cuci terlebih dahulu sayur brokoli anda sebelum memasaknya. Berikut merupakan langkah mudah untuk mencucinya :
#1. Cuci keseluruhan brokoli bagi menghilangkan kotoran, debu dan baja
#2. Potong bahagian batang brokoli kepada saiz yang lebih kecil menggunakan pisau
#3. Potong lagi pada bahagian tengah sayur di atasnya kepada saiz yang kecil
#4. Tuangkan air bersih bagi merendam brokoli dalam bekas atau besen
#5. Tambah sedikit tepung dan garam pada bekas berkenaan
#6. Kacau dan biarkan brokoli direndam selama 5-10 minit
#7. Sesudah itu, anda akan dapati warna air rendaman itu bertukar keruh, buangkan dan kemudian cuci semula brokoli menggunakan air bersih.

No comments