Custom Ads

Trending

Imej Baru Aliff Aziz Jadi Tanda Tanya. Apa Dah Jadi Sebenarnya?


Jika sebelum ini nama penyanyi Aliff Aziz, didakwa mencuri wang dari dompet seorang ahli politik Indonesia, pada 7 Jun lalu di sebuah kelab malam di Clarke Quay, Singapura.
Terbaru, menerusi Facebook Adria Sarah Abad, wanita tersebut berkongsi sebuah video yang menunjukkan Aliff seakan marah ketika berbual dengan seseorang melalui telefon bimbitnya. Di samping itu, netizen juga turut terkejut melihat imej terbaru Aliff yang mempunyai inai di bahagian badannya.

‘Belakang gua lu burukkan gua’

Video yang berdurasi 1:49 itu mencuri perhatian netizen apabila penyanyi tersebut seakan-akan hendak bergaduh bersama orang yang dihubunginya ketika itu. Aliff seakan marah kepada individu tersebut kerana memperburukkan namanya di belakang.
Dalam video itu juga, Aliff berpesan kepada individu tersebut supaya jika tidak berpuas hati terhadapnya, individu tersebut perlu bercakap di hadapannya. Di samping itu, netizen juga turut terkejut dan meninggalkan komen apabila melihat imej penyanyi itu yang mempunyai inai di bahagian badannya.

Siap ada nama Bella lagi

Antara foto dan kelakuan Aliff yang berjaya dirakam oleh netizen. Tulisan inai yang mempunyai nama Bella iaitu bekas isterinya itu turut dilihat di bahagian dadanya.

Reaksi netizen

Rata-rata netizen terkejut melihat Aliff memakai inai di badan dan beranggapan bahawa penyanyi itu berada dalam keadaan yang kurang sedar ketika bercakap dengan individu yang berada di dalam telefon bimbit itu. Penceraian bersama bekas isteri juga turut dikaitkan oleh netizen sebagai faktor penyanyi tersebut berkelakuan sebegini.


No comments