Custom Ads

Trending

Bagi duit raya kepada pekerja tol, barista dan pak guard, reaksi pekerja ini buat ramai terharu!



Antara salah satu budaya orang Melayu sewaktu meraikan perayaan Aidilfitri adalah dengan pemberian duit raya. Budaya ini menjadi ikutan yang sudah sebati untuk kita.
Selain itu, pemberian duit raya sebagai salah satu fadilat sedekah kepada pemberi. Berikutan itu, seorang pengguna Twitter ini, telah membuat suatu amalan untuk memberi duit raya kepada pekerja tol, barista cafe, dan kepada sesiapa sahaja.
Pemilik nama Amin Jamean telah memuat naik satu thread dan video memberi duit raya kepada pekerja yang terpaksa bekerja di hari raya.

Happy muka diorang bila terima duit raya!



Muat naik daripada Amin Jamean ini, turut mendapat respons positif daripada netizen. Mereka juga turut memuat naik video memberi duit raya kepada pekerja yang perlu bekerja pada hari raya, menerusi htag Duit Raya Movement.

Duit raya untuk pekerja stesen minyak


Penat2 kerja, terharu akak ni dapat duit raya




Kalau drive-thru tu, bolehla hulur2 duit raya!


Terima kasih!

Menerusi thread ini juga, ramai pekerja turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada mereka yang sudi menghulurkan duit raya, dan tidak menyangka ada yang begitu prihatin.
 Gerakan pemberian duit raya kepada pekerja ini juga, telah dipuji oleh netizen. Mereka menyifatkan ia adalah suatu tindakan yang baik serta pemurah.

Respect kepada yang mulakan gerakan ini

Sumber : Amin Jamean

No comments