Custom Ads

Trending

AirAsia Tawar Diskaun 80% Untuk Tiket Penerbangan Selama 48 Jam Sahaja


Ini berita baik buat anda diluar sana yang ingin bercuti atau pulang ke kampung halaman anda. AirAsia kini menawarkan diskaun sebanyak 80% ke penerbangan domestik.
Promosi ini bermula hari ini dan akan berakhir pada 28 Jun 2019 ini. Malah, promosi ini adalah untuk penerbangan pada 26 Jun hingga 31 Oktober 2019sahaja.
Menurut tinjaun kami, anda bakal dapat nikmati tambang istimewa dari serendah RM18 sahaja ke destinasi domestik pilihan anda. Pastinya anda yang bercadang untuk bercuti dalam Malaysia akan rebut peluang keemasan ini.
Untuk lebih penjimatan, anda boleh membeli tiket dengan menggunakan BigPay dan tiada caj pemprosesan akan dikenakan. Anda boleh membuat tempahan ke destinasi pilihan anda di laman sesawang AirAsia atau melalui aplikasi AirAsia.

No comments