Custom Ads

Trending

‘Terima Kasih Allah Jemput Adam Pulang Pada-Mu Di Bulan Yang Mulia’ – The Family UK



Pemergian chef selebriti, Muhammad Adam bin Mahamed Ismail atau lebih dikenali sebagai Adamdidam merupakan kehilangan yang turut dirasai semua orang. Adam yang juga bapa saudara kepada kanak-kanak viral, Fatimah London dimaklumkan meninggal dunia akibat jangkitan paru-paru.
Di Instagram thefamily.uk, mereka sekeluarga meluahkan rasa sedih dan berterima kasih kepada netizen yang menghadiahkan al-Fatihah kepada arwah.

Hari yang paling istimewa buat Adam


Kesayangan kami… Muhammad Adam bin Mahamed Ismail. Terima kasih Allah atas pinjaman-Mu yang terlalu istimewa buat kami. Sesungguhnya kami tidak kuat. Kami teramat rindu pada Adam. Tetapi kami redha kembalikan Adam pada-Mu kerana kami tahu Kau lebih menyayangi Adam lebih dari kami menyayanginya. Terima kasih Allah kerana menjemput Adam untuk pulang pada-Mu di bulan yang mulia penuh barokah. Di hari yang paling istimewa buat Adam – Ahad yang terakhir…
#SundayWithAdam @adamdidam
14 Ramadhan 1440
p/s: Terima kasih pada semua yang menghadiahkan Al-Fatihah & mendoakan Adam. Moga setiap doa anda semua Allah ganjarkan dengan pahala & kebaikan yang lebih besar & hebat…

Semoga tabah

Kesayangan kami




Sumber : thefamily.uk

No comments