Custom Ads

Trending

Periksa Telefon Pasangan Adalah Satu Jenayah Di Arab Saudi, Boleh Didenda Lebih RM 500 Ribu



Tahukah anda bahawa di Arab Saudi, jika anda memeriksa telefon bimbit milik pasangan anda tanpa pengetahuan mereka kerana berasa was-was dengan kesetiaan mereka, anda boleh berdepan dengan hukuman penjara serta denda sebanyak 500,000 Riyal (RM 557,961.80).
Di Arab saudi, suami ataupun isteri yang ditangkap mengintip ataupun memeriksa telefon bimbit pasangan mereka dengan tujuan untuk membuktikan bahawa pasangan mereka berlaku curang terhadap mereka boleh dikenakan hukuman penjara selama setahun, atau denda 500,000 Riyal (RM 557,961.80), ataupun kedua-duanya sekali.
Menurut sumber undang-undang, hukuman tersebut akan dikenakan ke atas sesiapa yang didapati bersalah mengakses telefon bimbit pasangan mereka tanpa kebenaran.
Hukuman penjara selama setahun serta denda sebanyak 500,000 riyal (RM 557,961.80) boleh dikenakan ke atas salah seorang pasangan mereka yang didapati bersalah menghantar apa-apa informasi kepada alat peranti lain yang boleh diakses mereka sahaja. 
Jika seseorang itu hanya memeriksa kandungan yang terdapat dalam telefon bimbit tersebut dan tidak menghantarnya atau merakam apa-apa informasi, hukuman yang dikenakan terhadap mereka akan diringankan. 
Abdul Aziz bin Batel yang merupakan seorang peguam dan penasihat undang-undang menyatakan bahawa, apa-apa jenayah yang membabitkan penggunaan komputer, telefon bimbit, serta kamera termaktub di bawah akta jenayah siber dan akan dikenakan hukuman terhadap si pelakunya.
Sumber: Arab News 

No comments