Custom Ads

Trending

Pengguna Huawei tak perlu risau


KUALA LUMPUR: Susulan penggantungan perkhidmatan Google untuk Huawei, rata-rata pengguna di seluruh dunia mulai risau dengan peranti yang mereka guna ketika ini.

Ada yang menganggap ia sebagai sesuatu yang merugikan, malah ada yang berpendapat Huawei ada cara tersendiri untuk menghadapi situasi ini.

Menerusi kenyataan media di akaun Facebook rasmi Huawei Mobile, pihaknya akan terus menyediakan kemas kini keselamatan dan perkhidmatan selepas jualan untuk semua produk telefon pintar dan tablet Huawei.

"Kami juga akan terus bina ekosistem perisian selamat dan lestari untuk pengalaman terbaik semua pengguna kami di seluruh dunia," jelas kenyataan yang dikeluarkan pada Isnin.

Malah, Huawei juga yakin dengan sumbangan besar yang diberikan kepada perkembangan dan pertumbuhan Android di seluruh dunia.

"Sebagai rakan kongsi global utama Android, kami telah bekerjasama rapat dengan platform sumber terbuka untuk membangunkan ekosistem yang memberi manfaat untuk pengguna dan industri," tambah kenyataan itu lagi.

Kenyataan ini dilihat amat melegakan pengguna peranti dan tablet keluaran syarikat dari China ini.
Pengguna Huawei tak perlu risau

No comments