Custom Ads

Trending

Pelajar Tajaan MARA Cemerlang Di Universiti Arizona State

img_2259

Awal bulan ini, seluruh rakyat Malaysia tumpang gembira dengan kejayaan Muhamad Saiful Hakimi Bin Daud yang berjaya menerima pengiktirafan tertinggi di Pennsylvania State University. Kini seorang lagi pelajar Malaysia, Maryam Balqis Abdul Rashid, 23, melakar kejayaan dalam bidang akademik.
Maryam yang merupakan pelajar tajaan MARA berjaya memperoleh keputusan CGPA 4.0 pada setiap semester dalam Ijazah Sarjana Muda jurusan Sustainability (Kelestarian) di Arizona State University (ASU). Menurut laporan Pejabat MARA Washington, Maryam merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Sri Aman, Petaling Jaya yang kemudian meneruskan pelajaran di peringkat asasi dalam program Asas Ijazah Amerika di Kolej INTEC, Shah Alam.



Maryam juga turut merangkul beberapa pengiktirafan di ASU seperti ‘Outstanding Graduate Award Spring 2019’, Anugerah Kecemerlangan Akademik sempena Perdana Scholar Awards 2018 dan program Frasier Global Mentorship. Tahniah Maryam.

No comments