Custom Ads

Trending

‘Mujurlah Saya Tidak Kemana-Mana’ – Detik Cemas Ibu Hampir Maut Dibelit Ular Sawa



Menerusi Harian Metro, seorang ibu tunggal nyaris maut selepas dibelit ular sawa dirumahnya. Kejadian yang berlaku di Kampung Ulu Tawar Tengah, Mukim Bakai itu mengundang simpati orang ramai. Namun, tindakan pantas anaknya membuatkan ibunya itu terselamat. Memang cemas betul!

Beli ibu sampai paras pinggang

(sekadar gambar hiasan)
Mangsa secara tiba-tiba dipatuk ular sawa ketika sedang menyusun barang makanan  yang disumbangkan oleh pihak Harian Metro dan PLUS Malaysia Berhad (PLUS).
Saya bergelut membantu emak manakala adik yang lain berlari meminta pertolongan jiran.
Ular sawa membelit emak sampai paras pinggang dan mujurlah jiran cepat membantu dan menyelamatkan emak daripada menjadi mangsa.

Mendengar emak menjerit

(sekadar gambar hiasan)
Menurut anaknya, Mohd Rasul Abdullah, ketika kejadiaan dia berada di luar rumah bersama adiknya dan terdengar emaknya menjerit lalu bergegas masuk dan terkejut emaknya sedang dibelit ular sawa.
Saya berada di luar rumah masa itu dan terdengar emak menjerit. Mujurlah saya tidak ke mana-mana kalau tidak tak tahu apa terjadi pada emak.
Ular sawa itu kemudian dibunuh penduduk dan dia segera menghantar ibunya ke Hospital Kulim (HK) untuk rawatan selanjutnya.

Keadaan cuaca punca ular sawa keluar

(sekadar gambar hiasan)
Sementara itu, menurut Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM)Daerah Baling, Leftenan (Pertahanan Awam) Mohd Faizol Ab Aziz, pihaknya menerima panggilan pada 11.30 malam dan sampai ke lokasi 40 minit kemudian.
Mujurlah mangsa sempat diselamatkan dan di hantar penduduk ke hospital. Keadaan cuaca yang tidak menentu menjadi punca ular sawa keluar ke penempatan penduduk, lagi pun kedudukkan rumah mangsa berpaya dan semak menyebabkan ular sawa menghampiri rumah.
Tambahannya lagi, ular sepanjang enam meter itu berjaya ditetak oleh penduduk dalam usaha untuk menyelamatkan mangsa.
Sumber : Harian Metro

No comments