Custom Ads

Trending

Kanak2 perempuan koma akibat kemalangan rupanya dibuli hanya kerana miskin & cacat



Baru-baru ini telah tular satu kemalangan melibatkan seorang budak perempuan dan ibunya, sehingga menyebabkan mangsa mengalami koma.
Kisah kanak-kanak perempuan ini mendapat perhatian ramai, selepas seorang wanita menerusi Facebook, dengan nama Cik Puan Eddy, mendedahkan episod duka yang ditempuhi anak itu.

Dibuli & dipulau kerana miskin

Difahamkan, kanak-kanak perempuan bernama Siti Maisarah, belajar satu sekolah dengan anaknya, dan daripada situlah dia mengetahui cerita mengenainya.
Menurut wanita itu, anaknya memaklumkan bahawa Siti Maisarah sering menjadi mangsa buli di sekolah, hanya kerana dia  berasal daripada keluarga yang susah dan merupakan Orang Kelainan Upaya (OKU).
“Mama budak yang kemalangan tu kan satu sekolah dengan kita ,dia selalu kena buli orang semua taknak kawan dengan dia, sebab dia pakai baju buruk lepas tu tudung pun senget…”

Sayu wajah ayah tunggu anaknya sedar

Tambahnya lagi, perasaan menjadi sayu apabila melihat ayah kepada Siti Maisarah yang sudah uzur, tidak jemu melawat dan mendoakan anaknya sembuh seperti sediakala.

Dah sedar dari koma…

Menerusi maklumat terbaru daripada pengguna Facebook dengan nama Shamsiah Shaaban, memaklumkan bahawa, kini Siti Maisarah sudah sedar daripada koma dan sedang mendapatkan rawatan lanjut.
Dimaklumkan, pihak guru serta MPKK mengambil tanggungjawab menguruskan kebajikan Siti Maisarah dan keluarganya, memandangkan mereka tiada waris lain.

Semoga Allah angkat kesakitan Maisarah…

Sebak melihat keadaan Siti Maisarah dan keluarga, rata-rata netizen menzahirkan rasa simpati mereka terhadap kanak-kanak istimewa ini, disertakan dengan doa agar dia segera sembuh.

Sedih tengok ayah tu…

Semoga dimurahkan juga rezeki adik sekeluarga

Pada sesiapa yang ingin menyalurkan sumbangan boleh merujuk akaun yang tertera di bawah ini, semoga dengan bantuan anda sedikit sebanyak dapat meringankan beban Siti Maisarah dan keluarganya.
Haron bin mahmood (Bapa)
Bsn 01108-29-000116753

No comments