Custom Ads

Trending

Guna Tilam Di Kabin Belakang Menyalahi Undang-Undang, Boleh Kena Saman



Baru-baru ini hangat diperkatakan tentang tindakan segelintir ibu bapa yang ‘modified’ atau mengubah susun atur kerusi kabin belakang kereta dan meletakkan tilam. Menurut mereka, ianya demi keselesaan anak-anak bagi menempuh perjalanan yang jauh pulang ke kampung halaman.
Ada yang mempertahankan tindakan itu manakala segelintir lagi menentang atas alasan keselamatan. Boleh ke tak sebenarnya ini? Salah di sisi undang-undang ke tak?

Boleh kena saman

Penggunaan tilam di bahagian tempat duduk belakang kenderaan sebenarnya menyalahi undang-undang dan boleh dikenakan tindakan di bawah peraturan pemakaian tali pinggang keledar tempat duduk belakang.
Menurut Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros), Dr. Siti Zaharah Ishak berkata trend penggunaan tilam ini sangat merbahaya dan dilarang.
Tular dalam media sosial mengenai penggunaan tilam di belakang kenderaan untuk pulang ke kampung dan itu merupakan perbuatan yang amat-amat dilarang walaupun ramai mendakwa ia untuk keselesaan dan sebagainya.
Perbuatan yang menjadi trend itu merbahaya dan boleh disaman kerana tidak memakai tali pinggang keledar.
Selain itu penggunaan telefon bimbit semasa memandu antara punca kemalangan jalan raya semasa sambutan musim perayaan.  Menurut beliau, perbuatan seperti bercakap menggunakan telefon, menggunakan aplikasi WhatsApp atau Facebook dan mengambil gambar ‘selfie’ atau `wefie’ semasa memandu turut menyumbang kepada kadar kemalangan.
Sumber: Utusan Online

No comments