Custom Ads

Trending

“Dua hari lepas awak meninggal, hari ini cincin awak sampai…”



Pengalaman kehilangan orang yang tersayang memang memeritkan. Lebih-lebih lagi sekiranya berlaku ketika menjelangnya lembaran.
Begitulah apa yang dialami oleh seorang gadis yang baru sahaja kehilangan kekasihnya yang maut setelah terlibat di dalam sebuah kemalangan jalan raya baru-baru ini.
Lebih menyayatkan hati lagi setelah dia menerima sebentuk cincin yang dikirimkan oleh kekasihnya itu selepas meninggal dunia.
Menerusi laman Twitter, gadis yang dikenali sebagai Yiyi Hadid telah berkongsi kisah dukanya itu.

Kalau ada ‘parcel’ sampai, tolong simpankan

Yiyi Hadid hanya menerima bungkusan hadiah yang mengandungi dua bentuk cincin itu melalui abang kepada kekasihnya selepas kekasihnya itu meninggal dunia akibat maut di dalam sebuah kemalangan.

Saya taknak cincin, saya nak awak!


Bekas kekasihnya itu maut setelah kenderaan Toyota Vios yang dipandu arwah memasuki laluan bertentangan dan merempuh treler di hadapan akibat hilang kawalan lalu tercampak ke dalam longkang. Mangsa yang tersepit dalam kenderaan disahkan maut di lokasi.

Tak pernah terfikir dan tak terfikir pun waktu arwah bertanya


Berehatlah sayang

Mengadu nak makan mee sedap beberapa hari sebelum meninggal dunia

No comments