Custom Ads

Trending

Berlepas ke London, ribuan rakyat Malaysia panjat doa buat Ainul Mardhiah


Malam ini, adik Ainul Mardhiah akan berlepas ke London menaiki penerbangan MAS bagi menjalani rawatan. Perkara tersebut telah dimaklumkan oleh bapa bayi comel yang menderita kanser mulut iaitu Ahmad Safiuddin Ahmad Razak beberapa hari yang lepas.


Dr. Amalina akan bantu

Sebelum ini, kisah adik Ainul yang mempunyai ketumbuhan di mulut begitu meruntun hati rakyat Malaysia sehinggakan mereka sanggup mengumpul sumbangan bagi meringankan beban ibu bapa Ainul menanggung kos rawatan.
Kegigihan rakyat Malaysia yang ingin membantu bayi tersebut telah sampai ke pengetahuan selebriti media sosial, Dr. Amalina Che Bakri yang juga seorang doktor di UK.

Ramai yang mendoakan…

Petang tadi, Ahmad Safiuddin menerusi Facebooknya memberitahu bahawa hari ini dia begitu sibuk meguruskan pelbagai perkara sebelum berangkat ke London malam ini. Dari semalam, masanya banyak dihabiskan di kaunter-kaunter bagi menyiapkan segala keperluan.
Namun, menurutnya ramai orang yang tidak dikenali bertemu dengannya sambil mendoakan agar mereka sekeluarga dipermudahkan segala urusan dalam merawat penyakit Ainul.



Sibuk uruskan banyak perkara

Tambah Ahmad Safiuddin lagi, dia yang berasa terharu dengan keprihatinan rakyat malaysia mengakui tidak dapat membalas jasa yang diberikan selain hanya mampu berdoa agar keluarga mereka mendapat keberkatan.
Safiuddin juga memberitahu akan berusaha sedaya mungkin bagi mendapatkan rawatan terbaik untuk anak pertamanya.

Mohon maaf jika tak jawab sebarang panggilan

Selamat pergi dan balik hendaknya

Muat naik status panjang lebar di Facbeook supaya mendoakan kesihatan Ainul Mardhiah ini telah mendapat respon daripada pelbagai latar masyarakat. Masing-masing mendoakan agar bayi perempuan ini selamat menjalani rawatan di negara serba canggih itu.

Semoga Ainul dapat kesihatannya balik

Selamat berjuang Ainul sayang…

Sumber: Ahmad Safiuddin, OMM

No comments