Custom Ads

Trending

Bayaran BSH fasa kedua 28 Mei ini


PUTRAJAYA: Kementerian Kewangan mengumumkan pembayaran Bantuan Sara Hidup (BSH) fasa kedua akan dilaksanakan mulai 28 Mei ini.

Menterinya, Lim Guan Eng dalam satu kenyataan berkata, pembayaran itu berdasarkan kategori BSH 2019 merangkumi bilangan anak tanggungan dan nilai yang akan diterima.

"Pembayaran fasa kedua melibatkan hampir 3.6 juta penerima BSH dengan anggaran peruntukan sebanyak RM1.42 bilion. Kadar BSH yang akan diterima mengambil kira 3.23 juta anak penerima BSH berumur 18 tahun ke bawah kecuali anak OKU yang tidak dihadkan umur mereka.

"Pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank masing-masing. Bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank, pembukaan akaun bank pemohon secara automatik akan dilakukan oleh Bank Simpanan Nasional (BSN) berdasarkan persetujuan dan akuan pemohon yang terdapat pada borang permohonan BSH 2019," katanya di sini hari ini.

Beliau menegaskan, BSH diberikan kepada mereka yang benar-benar layak mengikut kategori pendapatan yang telah ditetapkan.

"Setiap tahun, Kementerian Kewangan melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) akan membuat semakan permohonan BSH termasuk maklumat penerima sedia ada bagi memastikan maklumat yang dikemukakan oleh pemohon adalah tepat dan hanya yang layak sahaja akan menerima BSH.

"Bagi memastikan BSH 2019 disasarkan kepada mereka yang benar-benar layak, tempoh permohonan rayuan akan dibuka mulai 1 Julai hingga 15 Ogos ini," katanya.

No comments