Custom Ads

Trending

Niat Nak Bantu Tapi Kena Tuduh Langgar Pula..

Niat baik seorang jururawat menghulurkan bantuan kepada mangsa kemalangan yang berlaku di depan matanya bertukar sebaliknya apabila dia dituduh melanggar mangsa. Kisah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook Nur Isra tentang dirinya membantu sepasang suami isteri yang jatuh motor di salah anggap kerana dia dituduh melanggar mangsa. 

Sikap manusia yang suka menokok tambah cerita

Assalammualaikum, hai. Dah lama sangat-sangat saya tak post apa apa di wall saya melainkan saya berkongsi sesuatu. Kebetulan hari ini telah berlaku satu kejadian yang tidak disangka terjadi depan mata. Alhamdulillah Allah SWT bukakan hati untuk menolong atas dasar niat yang ikhlas. Tapi rupanya berlaku sebaliknya. Niat baik bertukar menjadi kecewa dan sedih kerana sikap manusia yang suka menokok tambah cerita dari yang fakta menjadi auta.

Ceritanya, dalam perjalanan nak pergi kerja lebih kurang pukul 7.45 pagi. Ternampak sepasang suami isteri terjatuh dari motor. Lalu pusing semula dengan niat ingin membantu. Suami hanya cedera geseran di bahagian siku dan lutut kanan tetapi isteri terbaring tak sedarkan diri lebih kurang seminit. Setelah beberapa kali memanggil, isteri sedar. Kepala ada berlaku pendarahan sedikit akibat luka di kulit kepala lebih kurang satu inchi. Maka suaminya, saya dan dua orang lagi orang sekeliling berusaha angkat isteri masuk ke dalam kereta saya untuk dibawa ke klinik. Sepanjang perjalanan saya pastikan isteri dalam keadaan sedar dan suami ditenangkan. Sampai di klinik perawatan dilakukan dengan bantuan rakan-rakan sejawat. Isteri di refer ke hospital untuk rawatan selanjutnya untuk langkah jagaan keselamatan akibat tidak sedarkan diri kurang seminit.

Jatuh sendiri akibat bawa melebihi had laju


Saya lega kerana dapat membantu tetapi bertukar jadi kecewa disebabkan saya yang dituduh melanggar mangsa. Di sini saya ingin tekankan bahawa kedua mangsa jatuh sendiri akibat bawa had kelajuan motor melebihi dari had sepatutnya dan brek motor tidak berfungsi dengan baik. Kenyataan ini suami mangsa yang beritahu sendiri kepada rakan-rakan serta orang yang membantu sekeliling. Saya mohon nama saya dibersihkan dari tuduhan melanggar mangsa. Saya juga mohon maaf jika saya ada melakukan kekasaran sepanjang bantuan yang saya berikan.
Sumber: Nur Isra, OhBulan

No comments